Press "Enter" to skip to content

Belajar Atau Kerja? Satu Topik Hangat..

Mendengarkan keluh-kesah rakan-rakan mengenai sukarnya mendapatkan kerja, Siti Farahiyah bertanyakan pendapat belia mengenai pilihan mereka.

Kerja atau sambung belajar? Itu antara dilema yang dialami oleh belia apabila memikirkan untuk mencari peluang dalam kerjaya.

Pilihan atau memilih menjadi satu topik yang sangat hangat dalam perbincangan belia kerana peluang kerja yang ada tidak sesuai dengan keperluan dan pendidikan terhadap pengalaman.

Risiko menceburi bidang kerjaya yang di luar bidang pembelajaran bukanlah satu isu yang besar kerana mereka yang diberi peluang boleh mempelajarinya ketika kerja.

Namun, sering kali aspek pengalaman menjadi persoalan. Bagi golongan muda, bagaimana mahu mencipta pengalaman sekiranya mereka tidak diberi peluang dan ruang mencuba sesuatu yang baru?

107,000 Graduan menganggur

Sehingga Jun 2015, dianggarkan Malaysia mempunyai 14.7 juta tenaga kerja dengan lebih 400,000 orang termasuk dalam golongan mencari pekerjaan pada setiap masa atau menganggur.

Seramai 107,000 orang daripada jumlah penganggur itu pula terdiri daripada graduan lepasan diploma, ijazah dan ke atas. Dengan istilah lain, kadar pengangguran di Malaysia berada pada paras 3.2 peratus daripada jumlah tenaga buruh.

SL1M bantu graduan menganggur

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) satu projek tanggungjawab korporat sosial (CSR) kerajaan bagi meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan.

Tahun ini, kerajaan menyasarkan 15,000 pelatih SL1M dilahirkan berbanding 10,000 tahun lalu.

Belajar elak menganggur

“Bagi saya, menyambung pembelajaran adalah jalan terbaik selepas berusaha mencari kerja dan mengelak diri menganggur terlalu lama.

“Ada juga mempersoalkan kemampuan majikan menggaji graduan dengan taraf pendidikan tinggi tapi tiada pengalaman. Semua itu bergantung kepada rezeki dan majikan juga perlu memberi peluang kepada generasi baru,” katanya.

Bergantung kemampuan diri

“Belajar atau bekerja ada kelebihan dan kekurangannya, namun ia bergantung kepada individu itu sendiri kerana setiap individu ada sebab di sebalik pilihan mereka seperti ingin membantu keluarga.

“Daripada mata kasar, bekerja itu penting bagi mendapatkan pengalaman. Bagaimanapun, pembelajaran tidak boleh diabaikan kerana ilmu yang diperoleh menjadi penyokong kuat bagi apa-apa kerjaya yang diceburi. Oleh itu, belajar tetap menjadi keutamaan saya kerana tanpa ilmu bagaimana kita mahu menghasilkan produktiviti yang baik dan memenuhi kehendak majikan?,” katanya.

Tambah pengetahuan

“Walaupun ramai bersungut mahasiswa lepasan universiti masih ramai menganggur, saya tetap memilih untuk terus menyambung pelajaran ke menara gading kerana dengan ilmu kita mampu mengubah masa depan kita.

“Jangan anggap belajar untuk mendapat kerja yang kita impikan kerana itu bergantung kepada rezeki. Sebaliknya terus fokus belajar supaya dapat menjadi insan cemerlang,” katanya.

Kerja kerajaan mungkin satu penyelesaian terhadap masalah ini. Cari kerja kosong kerajaan di portal KerjaTerkini.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *