Press "Enter" to skip to content

Category: Career

Penolong Pegawai Tadbir Dinaikkan Pangkat

Saya ingin menarik perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung peluang kenaikan pangkat jawatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Persekutuan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 atau Gred 41 lain yang amat mengecewakan.

Walaupun ramai di antara penyandang telah memiliki ijazah, telah lulus peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) sejak 15 tahun yang lalu, selain telah lulus Aras IV dalam PTK 4 dan PTK 5, masih lagi menyandang Gred N32 dan kini telah wujud Gred N36 (yang baru diujudkan dalam SSM).

Peluang kemajuan kerjaya ini amat berbeza dengan rakan-rakan dalam skim perkhidmatan lain seperti skim Perkhidmatan Penolong Penguasa Imigresen, Penolong Pegawai Penerangan, Penolong Penguasa Kastam, Penolong Pegawai Kebudayaan, Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan, Penolong Pegawai Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Penghulu dan Jabatan-jabatan lain yang mempunyai kelayakan dan kelulusan sama.

Tetapi mereka mempunyai lebih peluang, malah telah ramai yang mendapat kenaikan pangkat ke jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional mengikut skim masing-masing, sama ada melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan atau permohonan baru kerana memiliki ijazah.

Sebagai contoh, kenaikan pangkat Penolong Penguasa Imigresen ke jawatan Penguasa Imigresen, Penolong Penguasa Kastam ke jawatan Penguasa Kastam dan begitu juga dengan jawatan lain di mana skim perkhidmatannya membolehkan mereka naik pangkat sehingga ke peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Skim Perkhidmatan yang sama.

Malangnya perkara ini tidak berlaku kepada Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Persekutuan kerana jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 banyak telah dijumudkan.

Walaupun secara dasarnya penyandang jawatan PPT boleh memohon gabungan skim 14 jawatan tetapi peratusan yang berjaya dalam temu duga dan ditawarkan ke jawatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional amat mendukacitakan.

Walaupun kelihatan pada zahirnya peluang yang diberikan itu sama rata, realiti sebenarnya adalah jauh berbeza.

Ini kerana lazimnya kecenderungan panel penemuduga untuk memilih calon yang baru tamat pengajian universiti atau calon dari Skim Perkhidmatan yang sama berbanding calon dari kalangan Penolong Pegawai Tadbir.

Peluang dan keadaan ini amat berbeza dengan Skim Pembantu Tadbir di mana jika dibandingkan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 yang telah berjaya menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dengan Penolong Pegawai Tadbir yang telah berjaya ke jawatan Gred 41, jauhnya boleh di ibaratkan ‘langit dengan bumi’.

Malah begitu ramai sekali Pembantu Tadbir Gred N17 yang telah mendapat kenaikan pangkat ke gred N22, N26, N27 dan sekarang telah berada di gred N32, 36 berbanding ada Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang hanya mendapat kenaikan pangkat ke gred N32 dan N36 sahaja.

Logiknya penambahbaikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Persekutuan sebenarnya indah khabar dari rupa kerana tidak ada bezanya dengan jawatan Pegawai Kerja atau Pegawai Eksekutif sebelum SSB atau SSM.

Di sini saya ingin mencadangkan supaya JPA mewujudkan jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N41/N42 bagi memberi peluang dan membolehkan lebih ramai Penolong Pegawai Tadbir yang layak untuk naik pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, terutama yang telah lama berkhidmat dan berada dalam Gred N32 dan N36.

Daripada segi penempatan pegawai pegawai bolehlah di tempatkan di mana-mana jabatan atau pejabat di mana ketua jabatannya yang bukan dari kalangan bukan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik.

Misalnya di Institut Perguruan, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, Jabatan Penjara, politeknik, hospital atau di mana saja yang difikirkan sesuai oleh pihak JPA sendiri.

Sumber : Utusan

Lebih 50,000 Jawatan Kosong Di Selatan Tanah Air

Kemajuan ekonomi Johor terutama sekali di wilayah Iskandar memberi sebanyak 50 ribu peluang kerja dalam pelbagai sektor termasok lebih 10 ribu kerja professional di negeri Johor.

Di kawasan Iskandar Malaysia sahaja, terdapat lima ribu kerja kosong professional ditawarkan dan bilangan itu dijangkakan bertambah kepada lima belas ribu jawatan kosong jawatan professional pada tahun depan. Sebanyak 29 ribu kerja lagi membabitkan pekerjaan asas dan selebihnya termasuklah perkeranian, technician, perkhidmatan, pertanian, operator loji serta sebagainya.

Menteri Besar mengatakan, orang awam khususnya orang Johor boleh mendapatkan perihal pekerjaan itu dengan mengunjungi Karnival Kareer yang bakal datang ke setiap kawasan bermula bulan 4 sehingga akhir tahun ini. Datuk Abdul Ghani berkata, Kepak ialah usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap hidup rakyat dengan memberikan mereka peluang kerja, perniagaan & kemahiran.

Cara itu ialah usaha kerajaan negeri untuk membentuk sekumpulan masyarakat maju dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Ini merupakan dari langkah perubahan peringkat kehidupan yang baik. Ini sepadan dengan agenda pembangunan peribadi di bawah pendekatan ke-dua Budget Negeri Johor 2012 iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat yang bergaji kecil.

Kepak yang dijadual berlangsung dalam lima hari di setiap mukim akan mendekati rakyat secara turun padang dengan menyatukan agensi serta jabatan bersangkut-paut dengan keusahawanan, kerjaya dan majikan swasta di dalam satu bumbung.

Menteri berkata, agenda akan memadankan pencari pekerjaan dengan majikan yang memerlukan pekerja dan temuduga secara terbuka boleh dijalankan ketika program itu. Acara lain sepanjang karnival tersebut ialah registrasi program latihan serta kemahiran, test kecekapan dan kemahiran, bazar peluang niaga, sessi sharing pengalaman, pendaftaran syarikat, kaunter sokongan teknikal dan pembiayaan modal serta pameran bisnes.

Dengan cara itu, rakyat boleh didedahkan dan dipadankan dengan prospek pekerjaan yang ada, beroleh peluang jana income tambahan melalui perniagaan kecil-kecilan serta memajukan kebolehan dan latihan semula.

Karnival yang pertama kali Kepak dijadualkan bagi kawasan Johor Bahru serta Kulai Jaya pada 20 hingga 24 April ini, seterusnya di Kluang (Mei), Mersing (June), Kota Tinggi (Bulan 7), Segamat (September), Batu Pahat (Oktober), Ledang & Muar (Nov) dan akhir sekali Pontian (Disember).

Datuk Abdul Ghani mengatakan, kerajaan berharap rakyat negeri ini yang tengah memburu kerja dan hendak meningkatkan keupayaan diri dengan skill dan peluang perniagaan agar tidak mensia-siakan peluang untuk mengunjungi carnival itu.

Dapatkan kemaskini terkini jawatan kosong di laman web JawatanKosong.Online

Kerja Sambilan Masukkan Data

Ramai orang sering mengaitkan kerja part time atau separuh masa dari rumah ini hanya untuk golongan wanita sahaja. Namun tanggapan itu nyata sekali jauh tersasar dengan zaman serba moden yang sedang kita harungi ini.

Fenomena berkerja di rumah ini sudah lama digunakan di negara negara moden yang lain & baru baru ini ia telah menjadi satu kebiasaan serta semakin banyak kerja part time yang boleh dikerjakan dari rumah.

Tak kira anda berada di mana-mana sahaja, Bangi, Shah Alam, Serdang, Klang atau dimana mana saja, kedudukan geografi bukan lagi menjadi penghalang.

Contoh kerja part time yang selalu kita dengar adalah mengisi sampul, melipat katalog, mencuci, cashier, cikgu tuisyen, kru event, edar flyers dan juga mengambil gambar. Terdapat yang bergaji besar dan ada juga yang tidak. Kebiasaannya, hanya dapat dibuat ketika waktu malam sahaja.

Tidak seperti kerja dari rumah yang memerlukan anda hadir secara fizikal, kerja sambilan di rumah onlie di rumah lebih mesra. Ini ialah senarai kerja sambilan online bagi mereka yang hendak menjana pendapatan keluarga bagi menampung belanja yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Untuk kerja key in data ini, anda perlukan laptop bagi menyiapkan seberapa banyak masukkan data yang diperlukan. Kebiasaannya syarikat-syarikat dalam bidang telekomunikasi, insurans serta sebagainya yang menggunakan data pelanggan yang banyak memerlukan banyak orang untuk jawatan data entry ini.

Ada yang dibayar mengikut waktu dan tidak kurang juga yang di bayar mengikut jumlah mana data yang dimasukkan. Secara purata mereka boleh mendapat sekitar RM 5 satu jam hanya melalui laptop dan apabila siap, anda boleh emelkan semula kepada syarikat anda.

Gaji biasanya dibuat sekali dalam sebulan mengikut jumlah mana kerja yang anda telah lakukan. Sila layari laman web shahraduan.com ntuk lebih info tentang kerja part time di rumah.